Sunday, January 2, 2011

Bihun Singapore

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Woot woot. Mana tuan belog nih? Tak hapdet sangat pun. Takpa-takpa. Let me hapdet hokay! :pandaGeli_25:

Hari ni (beberapa hari yang lalu memandangkan entry ni tertangguh) dengan berbesar kualinya, saya telah memasak sejenis bihun yang paling simple di Singapura iaitu:

BIHUN SINGAPORE! blogger-emoticon.blogspot.com

Ni bukan resepi mak saya. Hehe. Mak saya cakap, beliau pun tak pernah masak bihun ni. Hehehe. :pandaGeli_13: Jadi mak boleh la terai (try) resepi ni later, okkaaayyy. Jadi, resepi ni saya amek daripada kakak saya yang sudah semestinya tidak pernah pergi ke Singapore. And I wonder, awat nama dia BIHUN SINGAPORE? Bukan nama BIHUN PULAU BATU PUTIH? Sebab bihun ni berkaler putih. Nevermind! Mari kita teruskan aktiviti permasakan kita! Hoyeaahhh! blogger-emoticon.blogspot.com Cakap sorangsorang.

Bihun ni sangat sesuailah dimasak oleh golongan-golongan seperti berikut:
  • Pelajar oversea kerana ianya simple dan mudah!
  • Pelajar non-oversea kerana ianya simple dan mudah! (Cakap ja la golongan pelajar. Kan senang.)
  • Ibu-ibu yang ketandusan idea untuk memasak.
  • Sesiapa saja yang malas masak.
  • Dan sebagainya. Bila memasak jangan banyak membebel. Nanti kuali anda dipenuhi air liur, bukannya bihun.
Bahan-bahan? Ohoo. Sangat simple. Tak payah susah-susah amek stembron (?) untuk korek ubi dalam tanah pun. Bahan-bahan adalah seperti berikut:
  • Bihun.
  • 2 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit minyak.
  • Carrot dan mushroom (takmau pun takpa).
  • Udang, sotong, ayam, daging, lembu, rimau, khinzir? Opss yang tu harammm. Ikut suka nk letak or tak. Tapi saya tak letak pun tadi sebab takdak stok.
  • Daun sup.
  • Garam.
  • Ground black pepper.
  • Cabai melaka.
  • Kicap.
  • Kuali.
  • Senduk.
  • Tenaga.
  • Semangat untuk memasak.
  • Teh ais (takut dahaga) dan sebagainya.
Let's begin!
  1. Mula-mula, panaskan minyak. Pastu tumis bawang merah dan bawang putih sampai ada bau-bau bacang harum.
  2. Then masukkan carrot dan mushroom yang telah dipotong kecik-kecik. Kalau ada lauk-pauk, silalah masukkan beliau.
  3. Kemudian, masukkan bihun lah. Tambah garam dan black pepper secukup raser. Kalau nak, boleh masukkan daun sup untuk mengindahkan lagi warna beliau. Nyumnyum. Tadaaaa. Dah siap pun. Senang kan. Sesuai untuk anda yang malas masak. :minimo_15:
  4. Oh ya. Cabai melaka tu, potong halus-halus. Pastu tuang kicap ke atas beliau. Tadaaaa sekali lagi. Selesai! Boleh dihidang di atas pinggan yang ada muka Santa Claus. Takdak? Jangan risau. Boleh order kat saya. 3 biji 1 pound saja ok. :minimo_27:






2 comments: