Saturday, October 23, 2010

Gado-Gado Utara Mak Saya

Gado-Gado (Pecal)

Hai semua.selamat kembali ke dapur mak saya.hehe... kali ni bukan nak ajak gadoh ok, tapi nk share resepi Gado-Gado versi Utara mak syamilia yang sangat sedap... Kalo orang2 belah selatan maybe diorang panggil Pecal. Tapi versi utara ni lain skit dari pecal...jom try!


~Ramuan Gado-Gado~

Bahan kuah:
  • 1/2 kg kacang tanah (digoreng dan diblender)
  • 20 biji cili kering
  • gula + garam secukup rasa
  • air asam jawa (asam jawa + air = dilenyek2 jadi lah air asam)
  • 5 ulas bwg merah
  • sedikit gula merah
  • sedikit minyak masak untuk menggoreng cili kering (lebih kurang 2 sudu besar)
kacang goreng
ayaq asam
gula merah




Bahan sayur:



  • kangkung (dicelur dan dipotong)
  • sotong (dicelur dan dipotong)
  • kacang panjang (dicelur dan dipotong)
  • timun (dipotong kecil-kecil)
  • sengkuang (dipotong kecil-kecil)

~Cara-caranya~
Cara-cara:
  1. Masakkan gula merah bersama sedikit air. Kemudian tapis untuk dapatkan airnya. Ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
  3. Amik cili kering dan basuh. Kemudian goreng cili kering tersebut bersama bawang merah sehingga garing.
  4. pastikan jangan sampai hangit ok... (kalau hangit xsedap la...)huhu
  5. kemudian mesin cili kering dan bawang merah yg telah digoreng tadi (gunakan blender kering)

Next Step:



rupa kuah setelah bahan2 utama digaulkan sekali
  1. Bancuhkan cili yg telah diblender tadi bersama air asam jawa, gula merah, gula dan garam secukup rasa.
  2. Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas. kemudian masukkan bancuhan cili tadi. 
  3. Bila dan sebati, masukkan sayur-sayur, kacang panjang dan sotong ke dalam bancuhan dan gaulkan bahan-bahan sayur tersebut. sehingga rata.
  4. Gado-gado dah siap. jom bergadoh.haha~


p/s: org kat UK pun boleh buat ni ok...mungkin sotong kena tukar ke sotong kurita.huhu~

Saturday, October 9, 2010

Laksam Terbaik Mak Syamilia

Salam.Resepi kali ni Laksam Mak Syamilia...hehehehe~
Harini mak buat laksam jadi saya nak kongsi resepi dengan korang semua...yeah!
Mungkin ada yang xpernah makan laksam dan hanya kenal  laksa
bahan-bahan lebih kurang cuma laksam ni lebih lemak dan marvelous...hehe
Kalau ikut resepi mak saya memang laksam anda akan sedap. jom cuba wat ok....

pic credit to diri sendiri...ekekeke~

Bahan-bahan kuah laksam

- 1 kg ikan kembung (org utara pangge ikan termenung)
- cili kering (lebih kurang  10 biji)
- 3 biji bawang besar (terpulang kerana bawang besar yg banyak akan memberi efek manis pada kuahnyer)
- 7 biji bawang kecil
- santan segar (dari sebiji kelapa)
- lengkuas (lebih kurang sebesar ibu jari saya..haha)
- 3 - 5 keping asam keping (mak saya panggil asam gelugoq...lagi banyak nanti masam pulak)
- 1 sudu kecil lada hitam
- garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan isi laksam

- 2 cawan tepung jawi (tepung beras)
-1/2 cawan tepung gandum
- air secukupnya
- 2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan cili
(laksam kalau xmakan dengan cili mesti xsedap.percayalah...hehe)

- cili kering
- gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan + hiasan

- kacang panjang, kubis, timun, taugeh
- dipotong kecil2 untuk dimakan bersama laksam

Cara-cara untuk membuat laksam terhebat alaf ini.


Cara buat kuah laksam:
  1. rebuskan ikan kembung sehingga masak. isinya diasingkan dengan tulang kemudian mesin bersama sedikit air.
  2. jika anda mahu, mesin tulang bersama sedikit air dan tapis. ambik airnya sahaja. kepala ikan tolonglah jangan mesin ok. bg pada kucing2 kerana kepala ikan tidak elok dimakan.
  3. rebus cili kering sekejap
  4. kemudian mesin cili kering bersama lengkuas, lada hitam, bawang besar dan bawang kecil bersama sedikit air
comel betul bila duduk dlm blender
  5. masukkan cili yang telah dimesin tadi dan asam keping  ke dalam periuk dan biarkan sebentar
  6.  then masukkan santan
  7.  kemudian masukkan isi dan air ikan yang telah dimesin tadi
  8.  masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga masak lah...hehehe

laksam ni kurang ikan ok.maaf sebab ikan xbanyak nak buat jugak.hehehe

    Cara buat isi laksam:
    (senang kalau mesin dalam blender)

    1. masukkan tepung jawi, teping gandum, air dan minyak masak ke dalam blender
    2. kemudian mesin tepung2 tersebut.
    3. kemudian tuang sedikit di atas tudung periuk dan layangkan di atas tudung periuk tersebut.
    4. kukus dalam periuk kukus sehingga nampak masak.
    5. angkat dan gulungkan. pas dah sejuk sedikit boleh la potong serong2.
    6. ulang sehingga adunan tepung habis.


    maap la. syamilia xpandai gulung...ekekeke

      Cara buat cili makan dengan laksam:
      1. rebuskan cili kering
      2. kemudian mesin sekejap (jangan sampai lumat)
      3. masakkan cili tersebut dan tambah garam dan gula secukup rasa (kalau mahu boleh masukkan secubit belacan)
      sekarang laksam dah siap dan boleh la dimakan. cara-cara makan rasanya xpayah kot sebab xkan anda semua xtau makan laksam kan...hehehe

      Sunday, July 11, 2010

      Ayam Goreng Lazat

      Salam.

      Saya telah mencuba 1 lagi resepi masakan mak saya. Seperti biasalah. Dengan bantuan, teknik dan tunjuk ajar daripada mak saya. Masakan mak saya semuanya sedap-sedap. Nyumnyum! :)

      Bahan-bahan:

      • Seekor ayam (siap dipotong, dibasuh sampai bersih dan digaul dengan sedikit kunyit)
      • 1 biji bawang besar
      • 3 ulas bawang putih
      • 1 sudu besar gula
      • 1 sudu besar serbuk kari
      • 2 sudu besar cili kisar
      • 3 cm halia
      • 1/2 cawan air
      • Sedikit garam (secukup rasa)
      Jom mula masak! :pandaGeli_10:

      1. Kisar semua bahan tadi (kecuali ayam) sampai lumat.
      2. Kemudian, gaulkan bahan yang dikisar tadi dengan ayam.
      3. Biarkan selama 5 minit. Jangan lebih-lebih minit. Sebab nanti, anda pasti tiada lauk untuk hidangan tengahari.
      4. Pastu, goreng ayam tadi dengan minyak yang betul-betul panas.
      5. Siap untuk dimakan!

      Kisar bahan-bahan tersebut


      Ayam yang digaul dengan bahan tadi


      Proses menggoreng


      Tadaa!




      blogger-emoticon.blogspot.com

      Monday, July 5, 2010

      Baby Kailan Ikan Masin

      Salam.

      Meh layan sat lagu Justin Bibir.

      My first love broke my heart for the first time
      And I was like

      Baby, baby, baby ohhh

      Like baby, baby, baby noo

      Like baby, baby, baby ohh

      I thought youd always be mine mine

      Oh meskipun ini bukan masakan mak, tetapi ini bukanlah masakan mak. Ini hanya resepi mak tetapi ini masakan anak mak. Masakan ni boleh dikatakan sungguh simple & senang as seasy as ABC! Nampak gayanya blog ini kepunyaan saya WAHAHAHA! :pandaGeli_27:

      Let's move on!

      Bahan-bahan:

      ATTENTION! PASTIKAN SEMUA BAHAN YANG DIGUNAKAN ADALAH HALAL DI SISI SYARAK

      • Baby kailan (mak/ayah/kakak/abang kailan pun boleh)
      • Ikan masin (bahan wajib kalau tak, tak jadilah resepi 'Baby kailan ikan masin')
      • 5 biji cabai Melaka/cabai burung/cili burung/cili kecik (ikut selera masing-masing. Kalau nak lebih pedas, sila tambah lebih and vice versa)
      • 2 ulas bawang merah
      • 2 ulas bawang putih
      • Sedikit gula dan garam
      • Sedikit air (sebagai sedikit kuah)
      • Minyak masak

      Cara penyediaan:


      • Mula-mula, tumbuk/mesin bawang merah, bawang putih, ikan masin dan cabai sampai lumat. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Bila minyak sudah panas, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk/kisar tadi.
      • Bila dah bau harum semerbak, masukkan baby kailan tersebut. Kacau menggunakan sudip. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Untuk membuat kuah, masukkan air mengikut keinginan masing-masing sama ada mahu kuah banjir atau kering kontang.
      • Tadaaaa! Siap! Boleh dihidangkan bersama nasi panas dan menjamu selera bersama keluarga.



      :pandaGeli_35:


      Friday, June 25, 2010

      Ketam Masak Lemak

      Salam.

      Disebabkan permintaan ramai [tengoklah followers pun ramai] saya kena buat resepi terkenal seperti tajuk di atas.

      Bahan-bahan:
      • Ketam. Ikut suka berapa ekoq.
      • Santan.
      • Bawang kecik.
      • Bawang putih.
      • 2 batang serai.
      • Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit untuk mengkuningkan masakan.
      • Garam.
      • Gula.
      • Sekeping asam gelugoq juga dikenali sebagai asam keping.
      • Cabai kecik a.k.a cabai burung a.k.a cabai melaka.
      Cara pemasakannya:

      Step 1
      arrow Kupas bawang kecik, bawang putih, serai, kunyit hidup. Basuh mereka semua.

      Step 2
      arrow Masukkan bawang kecik, bawang putih, cabai dan kunyit hidup ke dalam blender. Kemudian, blend sampai lumat.

      Step 3
      arrow Amek periuk mak anda. Pastikan besar dan bersih dan letakkan atas stove. Panaskan periuk tersebut.

      Step 4
      arrow Masukkan terus bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk tersebut tanpa ragu-ragu. Sambil-sambil tunggu bahan tadi panas, ketuk-ketuk serai sampai separa hancur. Then, bubuh dalam periuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Oh ya! Masukkan asam keping tadi.

      Step 5
      arrow Make sure ketam-ketam tadi disiang dan dibersihkan sepenuh hati. Kemudian, untuk langkah penjimatan, kerat setiap ketam kepada 2 bahagian supaya menjadi banyak.

      Step 6
      arrow Macam banyak lak steps. Teruskan dengan memasukkan santan ke dalam periuk. Sentiasa lah kacau bahan dalam periuk itu supaya tak naik minyak. Ahha! Jangan tanya saya macam mana naik minyak tu. Saya cuma ulang apa yang dikatakan oleh kakak saya saja.

      Step 7
      arrow Agak-agak macam dah nak mendidih, masukkan ketam-ketam tadi ke dalam periuk. Bolak-balikkan mereka supaya masak dengan baik.

      Step 8
      arrow Masukkan dalam pinggan kalau dah cukup puas hati dengan masakan anda. Dan jangan lupa tutup api! Siap dimakan bersama keluarga tercinta. Kalau ada petai rebus lagi syokk!



      Ok. Maaflah. Ni dikopipes dari blog Cik Adik Cun ini. Wakaka Wakaka! :pandaGeli_14:

      Semuga terhibur. Buhbye!



      Thursday, June 24, 2010

      Mee Rebus Spesel

      Salam.

      Hai hai! Mai cek mai saya nak memperkenalkan 1 masakan mak saya yang dimasak tadi. Kalo orang Kedah yang ulu-ulu sket, depa panggil 'Boiled Mee'. Kalo orang Kedah yang dok kat bandar sket depa panggil 'Mee Rebus' tapi kalo orang KL, diorang panggil 'Mee Rebuih' tau.

      OK lah usah tunggu lama lagi. Mari-mari tonton rancangan Sinetron Mee Rebus!


      Tadaaaa....!












      Inginkan resepi? Taip ON RESEPI dan hantar ke 999. Ohhoy! Ni 99.99% dikendalikan oleh mak saya. Jadi, nak resepi mintak la kat mak saya.

      Buhbye!


      Saturday, May 22, 2010

      Masakan Mak Saya... :D

      Blog ini dibuat sekadar untuk menyimpan koleksi koleksi resepi mak saya dan resepi2 yang lain yg best untuk rujukan saya dan adik beradik saya yang lain... juga untuk rujukan semua yang membaca dan ingin mencuba... :D