Saturday, October 23, 2010

Gado-Gado Utara Mak Saya

Gado-Gado (Pecal)

Hai semua.selamat kembali ke dapur mak saya.hehe... kali ni bukan nak ajak gadoh ok, tapi nk share resepi Gado-Gado versi Utara mak syamilia yang sangat sedap... Kalo orang2 belah selatan maybe diorang panggil Pecal. Tapi versi utara ni lain skit dari pecal...jom try!


~Ramuan Gado-Gado~

Bahan kuah:
  • 1/2 kg kacang tanah (digoreng dan diblender)
  • 20 biji cili kering
  • gula + garam secukup rasa
  • air asam jawa (asam jawa + air = dilenyek2 jadi lah air asam)
  • 5 ulas bwg merah
  • sedikit gula merah
  • sedikit minyak masak untuk menggoreng cili kering (lebih kurang 2 sudu besar)
kacang goreng
ayaq asam
gula merah




Bahan sayur:



  • kangkung (dicelur dan dipotong)
  • sotong (dicelur dan dipotong)
  • kacang panjang (dicelur dan dipotong)
  • timun (dipotong kecil-kecil)
  • sengkuang (dipotong kecil-kecil)

~Cara-caranya~
Cara-cara:
  1. Masakkan gula merah bersama sedikit air. Kemudian tapis untuk dapatkan airnya. Ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
  3. Amik cili kering dan basuh. Kemudian goreng cili kering tersebut bersama bawang merah sehingga garing.
  4. pastikan jangan sampai hangit ok... (kalau hangit xsedap la...)huhu
  5. kemudian mesin cili kering dan bawang merah yg telah digoreng tadi (gunakan blender kering)

Next Step:



rupa kuah setelah bahan2 utama digaulkan sekali
  1. Bancuhkan cili yg telah diblender tadi bersama air asam jawa, gula merah, gula dan garam secukup rasa.
  2. Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas. kemudian masukkan bancuhan cili tadi. 
  3. Bila dan sebati, masukkan sayur-sayur, kacang panjang dan sotong ke dalam bancuhan dan gaulkan bahan-bahan sayur tersebut. sehingga rata.
  4. Gado-gado dah siap. jom bergadoh.haha~


p/s: org kat UK pun boleh buat ni ok...mungkin sotong kena tukar ke sotong kurita.huhu~

Saturday, October 9, 2010

Laksam Terbaik Mak Syamilia

Salam.Resepi kali ni Laksam Mak Syamilia...hehehehe~
Harini mak buat laksam jadi saya nak kongsi resepi dengan korang semua...yeah!
Mungkin ada yang xpernah makan laksam dan hanya kenal  laksa
bahan-bahan lebih kurang cuma laksam ni lebih lemak dan marvelous...hehe
Kalau ikut resepi mak saya memang laksam anda akan sedap. jom cuba wat ok....

pic credit to diri sendiri...ekekeke~

Bahan-bahan kuah laksam

- 1 kg ikan kembung (org utara pangge ikan termenung)
- cili kering (lebih kurang  10 biji)
- 3 biji bawang besar (terpulang kerana bawang besar yg banyak akan memberi efek manis pada kuahnyer)
- 7 biji bawang kecil
- santan segar (dari sebiji kelapa)
- lengkuas (lebih kurang sebesar ibu jari saya..haha)
- 3 - 5 keping asam keping (mak saya panggil asam gelugoq...lagi banyak nanti masam pulak)
- 1 sudu kecil lada hitam
- garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan isi laksam

- 2 cawan tepung jawi (tepung beras)
-1/2 cawan tepung gandum
- air secukupnya
- 2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan cili
(laksam kalau xmakan dengan cili mesti xsedap.percayalah...hehe)

- cili kering
- gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan + hiasan

- kacang panjang, kubis, timun, taugeh
- dipotong kecil2 untuk dimakan bersama laksam

Cara-cara untuk membuat laksam terhebat alaf ini.


Cara buat kuah laksam:
  1. rebuskan ikan kembung sehingga masak. isinya diasingkan dengan tulang kemudian mesin bersama sedikit air.
  2. jika anda mahu, mesin tulang bersama sedikit air dan tapis. ambik airnya sahaja. kepala ikan tolonglah jangan mesin ok. bg pada kucing2 kerana kepala ikan tidak elok dimakan.
  3. rebus cili kering sekejap
  4. kemudian mesin cili kering bersama lengkuas, lada hitam, bawang besar dan bawang kecil bersama sedikit air
comel betul bila duduk dlm blender
  5. masukkan cili yang telah dimesin tadi dan asam keping  ke dalam periuk dan biarkan sebentar
  6.  then masukkan santan
  7.  kemudian masukkan isi dan air ikan yang telah dimesin tadi
  8.  masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga masak lah...hehehe

laksam ni kurang ikan ok.maaf sebab ikan xbanyak nak buat jugak.hehehe

    Cara buat isi laksam:
    (senang kalau mesin dalam blender)

    1. masukkan tepung jawi, teping gandum, air dan minyak masak ke dalam blender
    2. kemudian mesin tepung2 tersebut.
    3. kemudian tuang sedikit di atas tudung periuk dan layangkan di atas tudung periuk tersebut.
    4. kukus dalam periuk kukus sehingga nampak masak.
    5. angkat dan gulungkan. pas dah sejuk sedikit boleh la potong serong2.
    6. ulang sehingga adunan tepung habis.


    maap la. syamilia xpandai gulung...ekekeke

      Cara buat cili makan dengan laksam:
      1. rebuskan cili kering
      2. kemudian mesin sekejap (jangan sampai lumat)
      3. masakkan cili tersebut dan tambah garam dan gula secukup rasa (kalau mahu boleh masukkan secubit belacan)
      sekarang laksam dah siap dan boleh la dimakan. cara-cara makan rasanya xpayah kot sebab xkan anda semua xtau makan laksam kan...hehehe