Saturday, January 22, 2011

Ayam Masak Merah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Ermm. Tetiba ja kawan ai Cik Spekkie 'mengidam' nak makan nasik tomato. So apa lagi, inilah kesempatan yang ada untuk menterai masak sendiri. Hehehe. Kali ni pulak, resepi diambil dari sini (thanks ya!) dan diolah sikit-sikit mengikut bahan yang ada. Biasalah orang bujang. Barang-barang masak pun tak la advance sangat. Ye dop? Hehhhhewwww.

Baiklah. Nasik tomato kawan saya yang banyak 'menguasai' masakan itu so tak dapatlah saya letak resepi yer. Takpa. Internet ada so boleh la google sendiri. Hehe. :minimo_41:

Bahan-bahan kuah:
  • 4-5 biji cabai hidup *
  • 1 cm halia *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Sup tomato/sos tomato/tomato puree. Tapi kali ni saya guna sup tomato dalam tin. Kuantiti ikut suka. Kalau nak banyak kuah, letak la banyak.
  • Sedikit minyak
  • Gula & garam secukup rasa
  • Ayam (dilumur dengan kunyit dan garam dan digoreng 2/3 masak dan jangan terlalu garing).
Hiasan (Takmau pun orait ja) :
  • Kacang hijau
  • Bawang besar yang dihiris la macam mana pun
Cara penyediaan:
  1. Goreng ayam, angkat, ketepikan dan biarkan mereka berehat seketika.
  2. Blend bahan yang bertanda *
  3. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Biarkan seketika.
  4. Then, masukkan sup tomato dan buah tomato yang dipotong dadu tadi. Biar sampai mendidih.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Lastly, masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
  7. Tadaaaa! Siap! Simple kan? :pandaGeli_16:




Tuesday, January 18, 2011

Puding Roti

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Wah wah! Nampaknya ramai yang suka puding roti resepi saya kawan saya. Em. Resepi saja. Proses dikendalikan sepenuhnya oleh saya okayy. HAHA. blogger-emoticon.blogspot.comRamai pulak peminat saya nak resepi tu yer. Ekekeke. Baiklah. Kali ni saya akan share resepi Puding Roti Portsmouth. Boleh dikatakan simple jugak la nak buat puding roti ni dan tak sampai £10. Opss. Sila jangan convert ke RM yer. Huhuhu.

Bahan A:
  • 2 sudu besaq tepung jagung
  • 2 sudu besaq butter
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besaq gula
  • 1 tin susu cair
Bahan-bahan lain:
  • Roti 5-6 keping (ikut suka brand apa asalkan memenuhi ruang dulang pembakar)
  • Tepung custard + air panas 100°C (sebagai topping)
  • Kismis @ prune @ kurma dan sebagainya (takdak pun takpa)
Let's start!
  1. Susun roti atas dulang pembakar. (Dicadangkan buat dua layer saja).
  2. Letakkan kismis @ prune @ kurma di antara lapisan-lapisan roti. Adalah dinasihatkan supaya jangan letak pada lapisan atas sekali sebab nanti jadi hangit dan pahit. Wakakaka.
  3. Mix bahan A. Kacau sampai puas hati. Jangan risau kalau mereka tak hancur dan sebati. Manusia pun kadang-kadang suka berpecah-belah (tetibe).
  4. Setelah puas hati, tuangkan bahan A ke atas lapisan (atas saja) roti tadi. Make sure kena pada seluruh roti.
  5. Bakar dalam oven. Kalau guna gas, pusing pada no. 7. Kalau tak pakai gas, pusing ikut suka hati asalkan masak. Huhuhu.
  6. Sambil nak tunggu roti tu siap, bancuh tepung custard dengan air panas. Kacau sampai lenguh tangan. Lebih banyak tepung custard, lebih sedap. :minimo_41: Tapi kalau nak guna ready made custard pun boleh.
  7. Sambil-sambil tu, jenguk-jenguklah roti dalam oven tu. Kang terhangus, rugi pulak ye. Bila permukaan roti tu nampak agak 'crusty' dan berwarna koko-koko sket, insyaallah masak la tu.
  8. Kemudian, boleh la tuang custard tadi ke atas roti tersebut. Siap! Sedia dimakan bersama mak mertua tersayang. Ekekeke.




Macam ni la jadinya. Lebih kurang ler. Yang hitam-hitam tu ialah kismis yang hangit dan pahit =.= so takyah letak atas yer puan-puan sekalian. Hehe. Thanks to my friend Akmar Nabila a.k.a. Kamal for the recipe. :pandacloud_07:

DONE!

blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, January 2, 2011

Bihun Singapore

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Woot woot. Mana tuan belog nih? Tak hapdet sangat pun. Takpa-takpa. Let me hapdet hokay! :pandaGeli_25:

Hari ni (beberapa hari yang lalu memandangkan entry ni tertangguh) dengan berbesar kualinya, saya telah memasak sejenis bihun yang paling simple di Singapura iaitu:

BIHUN SINGAPORE! blogger-emoticon.blogspot.com

Ni bukan resepi mak saya. Hehe. Mak saya cakap, beliau pun tak pernah masak bihun ni. Hehehe. :pandaGeli_13: Jadi mak boleh la terai (try) resepi ni later, okkaaayyy. Jadi, resepi ni saya amek daripada kakak saya yang sudah semestinya tidak pernah pergi ke Singapore. And I wonder, awat nama dia BIHUN SINGAPORE? Bukan nama BIHUN PULAU BATU PUTIH? Sebab bihun ni berkaler putih. Nevermind! Mari kita teruskan aktiviti permasakan kita! Hoyeaahhh! blogger-emoticon.blogspot.com Cakap sorangsorang.

Bihun ni sangat sesuailah dimasak oleh golongan-golongan seperti berikut:
  • Pelajar oversea kerana ianya simple dan mudah!
  • Pelajar non-oversea kerana ianya simple dan mudah! (Cakap ja la golongan pelajar. Kan senang.)
  • Ibu-ibu yang ketandusan idea untuk memasak.
  • Sesiapa saja yang malas masak.
  • Dan sebagainya. Bila memasak jangan banyak membebel. Nanti kuali anda dipenuhi air liur, bukannya bihun.
Bahan-bahan? Ohoo. Sangat simple. Tak payah susah-susah amek stembron (?) untuk korek ubi dalam tanah pun. Bahan-bahan adalah seperti berikut:
  • Bihun.
  • 2 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit minyak.
  • Carrot dan mushroom (takmau pun takpa).
  • Udang, sotong, ayam, daging, lembu, rimau, khinzir? Opss yang tu harammm. Ikut suka nk letak or tak. Tapi saya tak letak pun tadi sebab takdak stok.
  • Daun sup.
  • Garam.
  • Ground black pepper.
  • Cabai melaka.
  • Kicap.
  • Kuali.
  • Senduk.
  • Tenaga.
  • Semangat untuk memasak.
  • Teh ais (takut dahaga) dan sebagainya.
Let's begin!
  1. Mula-mula, panaskan minyak. Pastu tumis bawang merah dan bawang putih sampai ada bau-bau bacang harum.
  2. Then masukkan carrot dan mushroom yang telah dipotong kecik-kecik. Kalau ada lauk-pauk, silalah masukkan beliau.
  3. Kemudian, masukkan bihun lah. Tambah garam dan black pepper secukup raser. Kalau nak, boleh masukkan daun sup untuk mengindahkan lagi warna beliau. Nyumnyum. Tadaaaa. Dah siap pun. Senang kan. Sesuai untuk anda yang malas masak. :minimo_15:
  4. Oh ya. Cabai melaka tu, potong halus-halus. Pastu tuang kicap ke atas beliau. Tadaaaa sekali lagi. Selesai! Boleh dihidang di atas pinggan yang ada muka Santa Claus. Takdak? Jangan risau. Boleh order kat saya. 3 biji 1 pound saja ok. :minimo_27: