Tuesday, January 18, 2011

Puding Roti

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Wah wah! Nampaknya ramai yang suka puding roti resepi saya kawan saya. Em. Resepi saja. Proses dikendalikan sepenuhnya oleh saya okayy. HAHA. blogger-emoticon.blogspot.comRamai pulak peminat saya nak resepi tu yer. Ekekeke. Baiklah. Kali ni saya akan share resepi Puding Roti Portsmouth. Boleh dikatakan simple jugak la nak buat puding roti ni dan tak sampai £10. Opss. Sila jangan convert ke RM yer. Huhuhu.

Bahan A:
  • 2 sudu besaq tepung jagung
  • 2 sudu besaq butter
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besaq gula
  • 1 tin susu cair
Bahan-bahan lain:
  • Roti 5-6 keping (ikut suka brand apa asalkan memenuhi ruang dulang pembakar)
  • Tepung custard + air panas 100°C (sebagai topping)
  • Kismis @ prune @ kurma dan sebagainya (takdak pun takpa)
Let's start!
  1. Susun roti atas dulang pembakar. (Dicadangkan buat dua layer saja).
  2. Letakkan kismis @ prune @ kurma di antara lapisan-lapisan roti. Adalah dinasihatkan supaya jangan letak pada lapisan atas sekali sebab nanti jadi hangit dan pahit. Wakakaka.
  3. Mix bahan A. Kacau sampai puas hati. Jangan risau kalau mereka tak hancur dan sebati. Manusia pun kadang-kadang suka berpecah-belah (tetibe).
  4. Setelah puas hati, tuangkan bahan A ke atas lapisan (atas saja) roti tadi. Make sure kena pada seluruh roti.
  5. Bakar dalam oven. Kalau guna gas, pusing pada no. 7. Kalau tak pakai gas, pusing ikut suka hati asalkan masak. Huhuhu.
  6. Sambil nak tunggu roti tu siap, bancuh tepung custard dengan air panas. Kacau sampai lenguh tangan. Lebih banyak tepung custard, lebih sedap. :minimo_41: Tapi kalau nak guna ready made custard pun boleh.
  7. Sambil-sambil tu, jenguk-jenguklah roti dalam oven tu. Kang terhangus, rugi pulak ye. Bila permukaan roti tu nampak agak 'crusty' dan berwarna koko-koko sket, insyaallah masak la tu.
  8. Kemudian, boleh la tuang custard tadi ke atas roti tersebut. Siap! Sedia dimakan bersama mak mertua tersayang. Ekekeke.




Macam ni la jadinya. Lebih kurang ler. Yang hitam-hitam tu ialah kismis yang hangit dan pahit =.= so takyah letak atas yer puan-puan sekalian. Hehe. Thanks to my friend Akmar Nabila a.k.a. Kamal for the recipe. :pandacloud_07:

DONE!

blogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt :)

    beshnye ada resepi. t boleh refer sini. salu men hentam je, asalkan boleh makan. hee~

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam. :)

    heee. boleh2. tafaddhali.^_____^

    ReplyDelete