Saturday, October 9, 2010

Laksam Terbaik Mak Syamilia

Salam.Resepi kali ni Laksam Mak Syamilia...hehehehe~
Harini mak buat laksam jadi saya nak kongsi resepi dengan korang semua...yeah!
Mungkin ada yang xpernah makan laksam dan hanya kenal  laksa
bahan-bahan lebih kurang cuma laksam ni lebih lemak dan marvelous...hehe
Kalau ikut resepi mak saya memang laksam anda akan sedap. jom cuba wat ok....

pic credit to diri sendiri...ekekeke~

Bahan-bahan kuah laksam

- 1 kg ikan kembung (org utara pangge ikan termenung)
- cili kering (lebih kurang  10 biji)
- 3 biji bawang besar (terpulang kerana bawang besar yg banyak akan memberi efek manis pada kuahnyer)
- 7 biji bawang kecil
- santan segar (dari sebiji kelapa)
- lengkuas (lebih kurang sebesar ibu jari saya..haha)
- 3 - 5 keping asam keping (mak saya panggil asam gelugoq...lagi banyak nanti masam pulak)
- 1 sudu kecil lada hitam
- garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan isi laksam

- 2 cawan tepung jawi (tepung beras)
-1/2 cawan tepung gandum
- air secukupnya
- 2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan cili
(laksam kalau xmakan dengan cili mesti xsedap.percayalah...hehe)

- cili kering
- gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan + hiasan

- kacang panjang, kubis, timun, taugeh
- dipotong kecil2 untuk dimakan bersama laksam

Cara-cara untuk membuat laksam terhebat alaf ini.


Cara buat kuah laksam:
  1. rebuskan ikan kembung sehingga masak. isinya diasingkan dengan tulang kemudian mesin bersama sedikit air.
  2. jika anda mahu, mesin tulang bersama sedikit air dan tapis. ambik airnya sahaja. kepala ikan tolonglah jangan mesin ok. bg pada kucing2 kerana kepala ikan tidak elok dimakan.
  3. rebus cili kering sekejap
  4. kemudian mesin cili kering bersama lengkuas, lada hitam, bawang besar dan bawang kecil bersama sedikit air
comel betul bila duduk dlm blender
  5. masukkan cili yang telah dimesin tadi dan asam keping  ke dalam periuk dan biarkan sebentar
  6.  then masukkan santan
  7.  kemudian masukkan isi dan air ikan yang telah dimesin tadi
  8.  masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga masak lah...hehehe

laksam ni kurang ikan ok.maaf sebab ikan xbanyak nak buat jugak.hehehe

    Cara buat isi laksam:
    (senang kalau mesin dalam blender)

    1. masukkan tepung jawi, teping gandum, air dan minyak masak ke dalam blender
    2. kemudian mesin tepung2 tersebut.
    3. kemudian tuang sedikit di atas tudung periuk dan layangkan di atas tudung periuk tersebut.
    4. kukus dalam periuk kukus sehingga nampak masak.
    5. angkat dan gulungkan. pas dah sejuk sedikit boleh la potong serong2.
    6. ulang sehingga adunan tepung habis.


    maap la. syamilia xpandai gulung...ekekeke

      Cara buat cili makan dengan laksam:
      1. rebuskan cili kering
      2. kemudian mesin sekejap (jangan sampai lumat)
      3. masakkan cili tersebut dan tambah garam dan gula secukup rasa (kalau mahu boleh masukkan secubit belacan)
      sekarang laksam dah siap dan boleh la dimakan. cara-cara makan rasanya xpayah kot sebab xkan anda semua xtau makan laksam kan...hehehe

      3 comments: