Salam.Resepi kali ni Laksam Mak Syamilia...hehehehe~
Harini mak buat laksam jadi saya nak kongsi resepi dengan korang semua...yeah!
Mungkin ada yang xpernah makan laksam dan hanya kenal laksa
bahan-bahan lebih kurang cuma laksam ni lebih lemak dan marvelous...hehe
Kalau ikut resepi mak saya memang laksam anda akan sedap. jom cuba wat ok....
pic credit to diri sendiri...ekekeke~
Bahan-bahan kuah laksam
- 1 kg ikan kembung (org utara pangge ikan termenung)
- cili kering (lebih kurang 10 biji)
- 3 biji bawang besar (terpulang kerana bawang besar yg banyak akan memberi efek manis pada kuahnyer)
- 7 biji bawang kecil
- santan segar (dari sebiji kelapa)
- lengkuas (lebih kurang sebesar ibu jari saya..haha)
- 3 - 5 keping asam keping (mak saya panggil asam gelugoq...lagi banyak nanti masam pulak)
- 1 sudu kecil lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan isi laksam
- 2 cawan tepung jawi (tepung beras)
-1/2 cawan tepung gandum
- air secukupnya
- 2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan cili
(laksam kalau xmakan dengan cili mesti xsedap.percayalah...hehe)- cili kering
- gula dan garam secukup rasa
Bahan-bahan sampingan + hiasan
- kacang panjang, kubis, timun, taugeh
- dipotong kecil2 untuk dimakan bersama laksam
Cara-cara untuk membuat laksam terhebat alaf ini.
Cara buat kuah laksam:
- rebuskan ikan kembung sehingga masak. isinya diasingkan dengan tulang kemudian mesin bersama sedikit air.
- jika anda mahu, mesin tulang bersama sedikit air dan tapis. ambik airnya sahaja. kepala ikan tolonglah jangan mesin ok. bg pada kucing2 kerana kepala ikan tidak elok dimakan.
- rebus cili kering sekejap
- kemudian mesin cili kering bersama lengkuas, lada hitam, bawang besar dan bawang kecil bersama sedikit air
![]() |
| comel betul bila duduk dlm blender |
6. then masukkan santan
7. kemudian masukkan isi dan air ikan yang telah dimesin tadi
8. masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga masak lah...hehehe
| laksam ni kurang ikan ok.maaf sebab ikan xbanyak nak buat jugak.hehehe |
Cara buat isi laksam:
(senang kalau mesin dalam blender)- masukkan tepung jawi, teping gandum, air dan minyak masak ke dalam blender
- kemudian mesin tepung2 tersebut.
- kemudian tuang sedikit di atas tudung periuk dan layangkan di atas tudung periuk tersebut.
- kukus dalam periuk kukus sehingga nampak masak.
- angkat dan gulungkan. pas dah sejuk sedikit boleh la potong serong2.
- ulang sehingga adunan tepung habis.
| maap la. syamilia xpandai gulung...ekekeke |
Cara buat cili makan dengan laksam:
- rebuskan cili kering
- kemudian mesin sekejap (jangan sampai lumat)
- masakkan cili tersebut dan tambah garam dan gula secukup rasa (kalau mahu boleh masukkan secubit belacan)

warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!
ReplyDeletekenapa nak
ReplyDeleteterbaikkk lah...kiter pon dah buat dah :) style org utara jugak
ReplyDelete